Jangan keluarkan duit dari Tabung Haji, tapi bantu pulihkan - Pakar Ekonomi

KiniTV 2019-04-25

Views 130

Seorang pakar ekonomi menasihatkan pendeposit Lembaga Tabung Haji (TH) supaya tidak membuat pengeluaran secara besar-besaran atau 'bank run' bagi memastikan insititusi umat Islam itu terus kukuh.
Bekas Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Noor Azlan Ghazali berkata, niat murni TH untuk membantu umat Islam menunaikan ibadah haji dan memperkasa ekonomi ummah harus dipertahankan.

Noor Azalan berkata, kerugian dialami TH bersifat sementara dan ia mampu bangkit semula memandangkan sistem pengurusannya berbeza dengan institusi kewangan lain.

Share This Video


Download

  
Report form