Presiden PERKASA Datuk Ibrahim Ali hari ini mengingatkan Tabung Haji bahawa duit lembaga itu bukannya 'harta mak bapak' mereka.
Katanya, sekiranya benar Tabung Haji memerlukan tanah, mereka boleh memintanya daripada kerajaan dan bukannya membeli daripada syarikat pelaburan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang kini dikatakan nazak.