Ibu kepada Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkongsi pengalaman beliau ketika bersekolah bersama Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah di Sultan Ibrahim Girls School (SIGS).
Dalam video yang dikongsikan oleh Syed Saddiq melalui laman Twitter, ibunya, Sharifah Mahani Syed Abdul Aziz berkata Tunku Azizah merupakan orang pertama yang mempelawanya menaiki kereta.
“Assalamua’laikum tuanku,
“Saya tak lupa akan tuanku sebab kita dulu satu kelas di Sultan Ibrahim Girls School..
“Masa itu saya tak pernah naik kereta. Saya hanya naik beca dan bas. Tuanku lah orang pertama sekali yang ajak saya naik kereta dengan driver (pemandu) tuanku untuk hantar saya sampai ke atas rumah.
“Terima kasih tuanku dan saya ucapkan tahniah kepada tuanku.
“Rindu sangat, bila tengok tuanku senyum, gembira tuanku, gembiralah saya,” kata beliau mengakhiri ucapannya.
Untuk rekod ketika ini warga maya sedang melancarkan kempen bagi ‘memujuk’ Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah supaya mengaktifkan semula akaun Twitter rasminya @cheminahsayang.
Akaun Twitter baginda dinyah aktif dipercayai susulan ulasan negatif dan biadap dari segelintir pengguna media sosial.