Menteri Kewangan, Lim Guan Eng hari ini menafikan kenaikan harga kereta dan menyifatkannya sebagai satu spekulasi.
Ini berikutan belum ada sebarang keputusan dibuat oleh kerajaan berkenaan penstrukturan duti eksais.
Beliau turut berkata, sekiranya berlaku sebarang perubahan ia akan dijalankan secara berperingkat.