Kemalangan babitkan AV8 Gempita dan kereta awam

KiniTV 2019-08-06

Views 24

Sebuah kereta perisai tentera terlibat dalam kemalangan dengan sebuah kereta, di Jalan Lingkaran Tengah di Seremban, Sabtu lepas.

Ketua Polis Daerah Seremban Supt Mohd Said Ibrahim berkata kemalangan itu berlaku pada kira-kira pukul 4.30 petang itu, ketika kereta jenis Proton Wira yang dipandu seorang wanita berusia 22 tahun bersama tiga orang penumpang sedang dalam perjalanan dari arah Sikamat menuju ke Nilai.

Apabila tiba di tempat kejadian, sebuah kereta perisai jenis Gempita AV8 milik Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dari lorong kiri telah terlanggar bahagian belakang kereta wanita itu menyebabkan kereta itu berpusing dan terbabas ke kanan bahu jalan. Bagaimanapun, tiada sebarang kecederaan dan kemalangan jiwa yang dilaporkan dalam kemalangan itu," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Katanya difahamkan, kereta perisai tersebut sedang dalam perjalanan dari Kem Batu 10, Kuantan, Pahang, menuju ke Port Dickson bagi menghadiri Perbarisan Kor Armor Diraja bersama lima buah lagi kereta perisai tentera yang diiringi sebuah jip tentera.

Katanya kes disiasat di bawah Rule 10 LN 166/59.

Video itu dimuat naik Abu Firzan Fadzil di Instagram.

Rata-rata netizen berpadangan perlu adanya SOP kenderaan pengiring semasa konvoi kereta perisai berada di jalan raya.

Share This Video


Download

  
Report form