Penyebaran memo palsu larang solat, polis terima laporan

KiniTV 2019-08-01

Views 1.2K

Polis menerima satu laporan yang dibuat oleh pihak pengurusan sebuah syarikat berkaitan penyebaran memo yang tidak membenarkan orang Islam untuk menunaikan solat.
Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Nurulhuda Mohd Salleh berkata, laporan itu diterima pihaknya hari ini.

"Memo bertarikh 30 Julai 2019 yang tersebar itu bertulis larangan orang Islam untuk bersolat pada waktu bekerja kecuali pada waktu makan tengah hari sahaja dan sekiranya melanggar arahan, denda sebanyak RM500 akan dikenakan terhadap mereka yang melakukan kesalahan.

"Bagaimanapun, pihak pengurusan syarikat itu menafikan bahawa mereka telah mengeluarkan memo tersebut dan dipercayai memo itu adalah palsu kerana tidak mempunyai tandatangan serta tidak melalui proses surat menyurat dalaman organisasi," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Nurulhuda berkata, susulan itu pihaknya telah memanggil pengadu dan merekod keterangan berhubung penafian syarikat dalam mengeluarkan memo tersebut kepada kakitangan mereka.

Katanya, polis juga menasihatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menjejaskan keharmonian agama di negara ini.

Share This Video


Download

  
Report form