Eloklah Azmin, MB S'gor bekerjasama dengan polis - Wan Azizah

KiniTV 2019-07-23

Views 13.9K

Presiden Pakatan Harapan (PH), Dr Wan Azizah Wan Ismail menasihatkan Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali dan Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari untuk bekerjasama dengan pihak polis berhubung isu dalang penyebaran video seks tersebut.

Wan Azizah dipetik berkata, hal ini kerana kedua-dua mereka dilihat mempunyai maklumat yang dapat membantu dalam penyiasatan kes berkenaan.

“Eloklah dia (Mohamed Azmin) dan Menteri Besar Selangor bekerjasama dengan polis. Ini kerana mereka nampak gaya mempunyai maklumat yang sepatutnya dapat menolong dalam penyiasatan kes ini,” katanya pada satu majlis pada Isnin.

Share This Video


Download

  
Report form