Pergeseran dalaman PKR semakin memuncak petang ini apabila membabitkan dua pemimpin tertinggi parti itu - Anwar Ibrahim dan Mohamed Azmin Ali.
Selepas gesaan Anwar agar timbalan presiden PKR itu perlu meletakkan jawatan daripada Kabinet jika terbukti beliau terlibat dalam video seks yang kini dalam siasatan polis, Azmin membidas presidennya dan memintanya untuk “cermin diri sendiri”.
“Baca bibir saya. Bagitahu dia, dia mesti tengok ‘siapa lelaki dalam cermin itu’,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen selepas sidang berakhir petang ini.
Diminta pemberita untuk mengulas lanjut, katanya “Suruh Anwar muhasabah. Cermin muka dia dulu,” katanya sebelum berlalu pergi.