Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom meminta pihak yang ingin membuat tuduhan jenayah qazaf terhadap peguam Tan Sri Shafee Abdullah dalam kes liwat II membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim mengkaji enakmen berkaitan terlebih dahulu.
Bercakap selepas merasmikan Persidangan Imam Peringkat Kebangsaan 2015 sempena sambutan Jubli Emas ke-50 Masjid Negara di ibu negara hari ini, katanya, mereka perlu menyemak semula Seksyen 41 Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan dan Selangor.