Dewan Rakyat meluluskan usul untuk mewajibkan anggota parlimen mengisytiharkan harta masing-masing selepas tiada bantahan dibuat semasa undian.
Rang undang-undang itu diterima walaupun pada sebelumnya pembangkang bangkit berbahas untuk menolaknya. Antara lain mereka mendakwa usul itu tidak selari dengan peraturan dewan.
Selepas hampir lima jam dibahaskan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri membuat penggulungan sebelum Speaker Dewan Rakyat Mohamad Ariff Md Yusof membuta undian suara.
Apabila Mohamad Ariff bertanya sama ada usul tersebut dipersetujui, kedengaran anggota parlimen menjeritkan: "Setuju!" sebagai tanda sokongan.
Bagaimanapun tiada suara yang tidak bersetuju kedengaran apabila beliau bertanya kalau ada anggota Dewan Rakyat yang menolaknya.
"Tidak ada suara yang tidak bersetuju," kata beliau yang kemudian menangguhkan sidang untuk hari ini.
Untuk rekod, undian yang berlangsung tidak dicatatkan secara individu kerana tiada permintaan kepada dewan agar ia dijalankan secara belah bahagi.