Pemimpin veteran Umno Tengku Razaleigh Hamzah menyaran semua menteri kabinet dan ahli parlimen supaya membuat pengisytiharan harta dan liabiliti mereka kepada Dewan Rakyat.
Katanya, pengisytiharan itu hendaklah dibuat secara berkala dan disimpan oleh sebuah badan bebas yang diwujudkan melalui Akta Parlimen bagi mengelakkan keadaan di mana terdapatnya pertelingkahan kepentingan.