Chong Wei akan terus bersama BAM bagi sesi sparring

KiniTV 2019-07-01

Views 712

Kementerian Belia dan Sukan akan memastikan bahawa legenda badminton negara Datuk Lee Chong Wei akan terus bersama dengan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) untuk terus adakan sesi ‘sparring’ bersama dengan atlet muda sebagai usaha melahirkan lebih ramai pemain badminton berprestasi tinggi.

Menurut menterinya Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, Chong Wei juga berniat membina satu Akademi Datuk Lee Chong Wei di Kedah.

“Dalam memastikan khidmat bakti beliau dapat dipanjangkan, kita akan melakukan sesi rundingan seterusnya untuk mengguna bakatnya dalam memartabatkan badminton negara selepas beliau bercuti,” katanya pada sesi soal jawab persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Share This Video


Download

  
Report form