Kadar tambang ETS disemak

KiniTV 2019-06-26

Views 729

Kadar tambang Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) akan disemak, kata Timbalan Perdana Menteri Wan Azizah Wan Ismail.

Beliau berkata Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (MTSHN) yang dipengerusikannya menerima cadangan Kementerian Pengangkutan untuk menyemak kadar tambang ETS melalui pemansuhan kawalan tambang dan pelaksanaan struktur tambang dinamik bagi ETS.

MTSHN juga menerima cadangan Kementerian Pengangkutan bagi Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) untuk menguatkuasakan perlesenan terminal dan mengawal selia caj yang akan dikenakan oleh pengendali terminal berdasarkan kualiti perkhidmatan dan kemudahan terminal, katanya.

"Cadangan ini perlu mengambil kira kepentingan pengguna agar tidak membebankan,” katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat ketiga MTSHN pada Selasa.

Share This Video


Download

  
Report form