Andaikata saya ambil alih, Tun M tetap negarawan - Anwar

KiniTV 2019-05-15

Views 18

Andai kata saya ambil alih (kepimpinan) pun, peranan Dr Mahathir tetap ada sebagai seorang negarawan yang banyak berjasa kepada negara kita.

Saya tidak fikir isu (penyerahan kuasa ini) adalah masalah,” katanya kepada media selepas menyampaikan ucaptama pada Konvensyen Belia Kebangsaan 2019 di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas proses pelantikannya sebagai Perdana Menteri yang dijangka dalam tempoh kira-kira setahun dari sekarang, berdasarkan perjanjian dicapai bersama parti komponen Pakatan Harapan (PH) sebelum Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Tarikh untuk Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilantik menjadi Perdana Menteri kelapan, sedang dibincangkan bersama Tun Dr Mahathir Mohamad.

Ketika memaklumkan perkara itu, Anwar yang juga Ahli Parlimen Port Dickson, berkata perbincangan antaranya dengan Perdana Menteri itu berjalan baik.

“Soal tarikh dan sebagainya (mengenai pelantikan sebagai Perdana Menteri) biarlah beliau (Dr Mahathir) berbincang dengan saya seperti yang sedang berlaku dengan baik.

Share This Video


Download

  
Report form