Pejabat Menteri Besar Selangor menafikan laporan bahawa Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim telah meletakkan jawatan.
Menurut setiausaha akhbarnya Arfaeza Aziz, Khalid hari ini mempengerusikan majlis pemukiman exco kerajaan negeri Selangor.
Katanya, laporan berita yang tersebar itu adalah tidak benar.