Tun M nafi ekonomi negara teruk, media perlu lapor perkara betul

KiniTV 2019-05-14

Views 762

Tun Dr Mahathir Mohamad menafikan ekonomi negara berada dalam keadaan teruk hingga pelabur global ‘hilang sabar’ dan mencari peluang pelaburan di negara lain.

Perdana Menteri menegaskan, dakwaan seperti dilaporkan media antarabangsa tidak berasas, sebaliknya Malaysia di bawah kerajaan Pakatan Harapan (PH) adalah negara yang mesra pelabur luar.

“Kita bergantung kepada laporan media, kita mendapat markah tinggi sebagai negara yang bagus untuk pelabur, tetapi ada ‘pakar yang hebat’ kata Malaysia teruk seolah-olah sedang berperang.

“Media kena melaporkan perkara yang betul, jangan lapor berita palsu,” katanya kepada media selepas melancarkan myPortfolio: Panduan Kerja Sektor Awam dan Panduan Penetapan Tempoh Masa Dalam Carta Alir di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas laporan media antarabangsa kononnya pelabur global ‘hilang sabar’ terhadap Malaysia dan selesa mencari peluang pelaburan di negara lain.

Share This Video


Download

  
Report form