Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah menjelaskan ada lima perkara perlu diambil kira sebelum membuat perolehan vaksin untuk negara ini.
Antaranya ialah vaksin itu perlu didaftarkan dengan Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan (FDA) Amerika Syarikat, Agensi Ubat-Ubatan Eropah (EMA) dan juga Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA).
Selain itu Malaysia masih menunggu data ujian klinikal fasa ketiga daripada semua syarikat pengeluar vaksin sebelum membuat perolehan.