Ketika menghantar baju di dobi, Hani teringat akan arwah adiknya, Yusri Amri apabila terlihat pekerja di dobi itu yang juga bernama Yusri. Hani bersimpati dengan nasib Yusri yang masih bersekolah itu terpaksa menyara dua orang lagi adik kembarnya. Kerana kasihan, Hani mula membantu Yusri. Di kedai dobi juga, Hani terserempak dengan Shariff. Nizam mula menjauhkan diri selepas kejadian tempoh hari. Puan Azimah tiba-tiba menghubungi Hani dan meminta Hani bercakap dengan Nizam. Hani kaget.