Mahu tidak mahu, Hani bersetuju kerana terhutang budi. Nizam terharu kerana Hani mahu mendengar penjelasannya. Hani dan Yusri semakin rapat. Hani sering membeli makanan dan pakaian untuk Yusri dan adik-adiknya, Sara dan Suri. Mizan akhirnya membuat keputusan sama ada Hani bersamanya atau tidak. Sewaktu makan tengah hari bersama Shariff, kawan baiknya itu memberitahu bahawa Suraya telah pulang ke Malaysia. Mizan cemas kalau-kalau rahsia perkahwinannya terbongkar.