TERKINI : myPPP sudah ‘muak’ dan letih dengan BN – Kayveas

Malaysia Gazette TV 2019-04-23

Views 1

Parti pelbagai kaum, myPPP bukan sekadar keluar daripada komponen Barisan Nasional (BN) kerana kekalahan teruk pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) sebaliknya berikutan rasa muak dan letih diperlakukan seperti bola.

Menurut Presiden myPPP, Tan Sri M. Kayveas, kesetiaan beliau dan parti itu seolah-olah hanya di pandang sepi oleh kepimpinan tertinggi malah bebas memperlakukan mereka seperti yang dikehendaki pada bila-bila masa.

Jelas beliau, antara contoh yang menyebabkan kesabaran itu hilang had apabila pemberian kerusi pada PRU-14 lepas yang pada awalnya BN lantang bercakap tentang ‘winnable candidate’ namun akhirnya meletakan calon sesuka hati tanpa melihat kepentingan masa depan komponen.

MalaysiaGazette.com - Online News / Portal - Follow US Now! Or visit www.malaysiagazette.com for the latest news on politics, economy, fashion, travel, lifestyle and more www.malaysiagazette.com

Share This Video


Download

  
Report form