Kerajaan akan mengkaji sistem kuota untuk program pra-universiti matrikulasi, kata Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad.
“Kita akan kaji masalahnya,” katanya ketika ditemui di Putrajaya pagi ini.
Beliau diminta mengulas cadangan Pemuda DAP supaya sistem kuota kaum untuk program itu dimansuhkan.
Menteri Pendidikan Maszlee Malik sebelum ini dilaporkan berkata dasar 90 peratus pelajar bumiputera untuk program matrikulasi akan dikekalkan.
Bagaimanapun katanya kabinet akan mengkaji sama ada lebih banyak tempat akan dibuka untuk golongan bukan bumiputera.