Kerajaan kaji semula undang-undang penyalahgunaan dadah

KiniTV 2020-02-18

Views 3

Kerajaan akan menilai dan mengkaji semula dasar serta undang-undang berkaitan penyalahgunaan dadah di negara ini termasuk hukuman mati mandatori.

Mengulas lanjut perkara itu, Dr Mahathir berkata undang-undang tersebut perlu dikaji kerana ia dilihat terlalu keras.

“Kita kaji undang-undang kerana undang-undang-undang sekarang ini amat keras, kalau didapati sesiapa memiliki sekian banyak dadah, maka hukuman yang boleh dijatuhkan adalah hukuman mati.

“Maka banyak yang berpendapat bahawa ia tidak berkesan, masih ada mereka yang mencari duit yang tidak halal dengan mengedar dadah."

Bagaimanapun, Dr Mahathir berkata mereka yang menjadi penagih dadah tidak dianggap sebagai penjenayah.

“Namun demikian adalah penting bagi kita faham bahawa penyalahgunaan dadah adalah satu perkara yang tidak baik, yang akan bawa mudarat, bukan sahaja kepada diri kita tetapi kepada keluarga, masyarakat dan kepada negara,” katanya.

Share This Video


Download

  
Report form