'Dedah embargo, buat apa nak gantung Najib'

KiniTV 2019-04-12

Views 161

Pemangku Presiden Umno Mohamad Hasan berkata tidak perlu menggantung tugas Najib Razak (BN-Pekan) sebagai ahli parlimen selama tiga bulan kerana melakukan suatu perbuatan menghina majlis Dewan Rakyat.

Najib didakwa melanggar embargo dokumen Kertas Putih Ke Arah Kelestarian Felda dengan memuat naik sebahagian daripada kandungan itu di halaman Facebooknya.

Berdasarkan Aturan Urusan Mesyuarat dan Usul-Usul, usul penggantungan akan dibawa oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Share This Video


Download

  
Report form