Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) tidak pernah melaksanakan dasar yang mendiskriminasi mana mana bahasa ibunda dalam sistem pendidikan di Malaysia.Menterinya, Dr Maszlee Malik berkata KPM sentiasa memastikan mata pelajaran bahasa ibunda dikemaskini dalam aspek kurikulum, bahan bantu belajar serta kaedah pengajaran dan pembelajaran.“Untuk menjayakan pelaksanaan mata pelajaran ini, KPM telah menyediakan sukatan atau standard kurikulum bahasa ibunda tersebut,” katanya dalam sidang Dewan Rakyat hari ini.