'Zafrul terdesak, tak pernah dibuat mana-mana menteri dalam sejarah'

KiniTV 2022-06-07

Views 4.1K

Ahli Parlimen Kuala Selangor Dr Dzulkefly Ahmad tidak akan mengubah rancangan untuk tidak bertanding pada pilihan raya umum ke-15 bagi memberi laluan kepada calon yang lebih muda.

Ini meskipun Menteri Kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz memberi gambaran mungkin bertanding di kerusi itu.

Semalam, Zafrul mengumumkan bahawa Kementerian Kewangan akan menjadikan Kuala Selangor sebagai daerah angkat dan mengumumkan bahawa stesen untuk Laluan Rel Pantai Timur akan dibina di daerah itu di Puncak Alam.

Share This Video


Download

  
Report form