Dewan Rakyat bertafakur peringati pemergian Muhammad Haziq

KiniTV 2019-03-21

Views 3.9K

Dewan Rakyat hari ini bertafakur selama seminit bagi memperingati Muhammad Haziq Mohd Tarmizi yang disahkan antara 50 orang yang terbunuh dalam tragedi tembakan rambang di Christchurch, Jumaat lepas.

Seluruh anggota parlimen beragama Islam diminta menyedekahkan Al-Fatihah buat mangsa manakala wakil rakyat bukan Islam bertafakur sebagai tanda memperingati mangsa.

Satu kenyataan yang dikeluarkan Wisma Putra awal pagi ini berkata kerajaan Malaysia mengucapkan takziah kepada keluarga Muhammad Haziq.

Share This Video


Download

  
Report form