Ahli Parlimen Bukit Mertajam Steven Sim mempersoalkan mengapa sidang Dewan Rakyat tidak diadakan semula untuk membahaskan skandal kapal tempur pesisir (LCS).
Ia selepas Yang di-Pertua Dewan Negara, Rais Yatim membenarkan usul membahaskan laporan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) berhubung skandal tersebut.