Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli Xavier Jayakumar memberitahu, berdasarkan kaji selidik yang dilakukan, kurang 200 ekor harimau Malaya yang ada di negara ini dan jumlah itu semakin berkurangan berbanding tahun-tahun sebelum ini. Sehubungan itu, menurut Xavier sekiranya tiada pelindungan yang dilakukan terhadap haiwan berkenaan, dikhuatiri akan semakin pupus. Xavier berkata demikian semasa ucapan perasmiannya pada sambutan Hari Hidupan Liar Kebangsaan 2019 di Cheras hari ini.