Walaupun terpaksa berhenti kerja untuk memberi tumpuan sepenuhnya terhadap 80 ekor kucing yang dibela, namun bagi Mohd Rohizan Ramli, dia langsung tidak menyesal dengan tindakan itu.
Bagi Rohizan, sifat kemanusiaan yang ada dalam dirinya menyebabkan dia tidak sanggup untuk melihat kucing-kucing dijalanan terbiar begitu sahaja.