Lokman Adam naik angin, koyak kain rentang wajah Rosmah

KiniTV 2019-03-04

Views 2.3K

Ahli Majlis Tertinggi Umno Lokman Adam mengoyak kain rentang yang memaparkan wajah isteri bekas perdana menteri Rosmah Mansor.Terdahulu, kekecohan berlaku di pusat pengundian Sesapan Batu Rembau di antara penyokong BN dan PH ekoran kemunculan kain rentang itu.Kain rentang itu turut disertakan dengan slogan 'malu apa bossku' yang dipopularkan suami Rosmah, Najib Razak, selain ayat yang dilihat berbaur provokasi: "Siapa boss? Aku lah boss.. Ingat Najib ke?"Ketika wartawan tiba di kawasan berhampiran, berlaku pergaduhan kecil namun berjaya ditenangkan.Selepas beberapa ketika, petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tiba untuk menurunkan kain rentang itu, namun dihalang penyokong PH.

Share This Video


Download

  
Report form