PKR: Adakah Rosmah selia kerja naik taraf jet baru?

KiniTV 2015-08-06

Views 9

PKR mencabar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk mengesahkan sama ada isteri beliau Datin Seri Rosmah Mansor singgah di Indianapolis, Amerika Syarikat pada Disember tahun lalu untuk menyelia kerja menaik taraf jet eksekutif baru kerajaan, dan Airbus ACJ320 yang menelan belanja RM465 juta.

Pada sidang medianya, Setiausaha aging PKR Rafizi Ramli berkata jet eksekutif kerajaan sekarang, dengan nombor pendaftaran 9M-NAA, telah singgah di Indianapolis selama enam hari selepas PM pulang lebih awal ke Malaysia untuk meninjau bencana banjir.

Share This Video


Download

  
Report form