Kementerian Kewangan hari ini menyerahkan peruntukan RM5 juta kepada Yayasan Restu bagi pengurusan mencetak dan menyebar Al-Quran oleh Kompleks Nasyrul Quran di sini.Menteri Kewangan Lim Guan Eng menyerahkan cek peruntukan itu kepada Pengerusi Yayasan Restu Datuk Abdul Latiff Mirasa di kompleks itu yang terletak di Presint 14 di sini. Ia turut disaksikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mujahid Yusof.Lim dalam ucapannya berkata sumbangan bagi kegunaan tahun ini kepada institusi tersebut merupakan komitmen kerajaan Pakatan Harapan selaras dengan kedudukan Islam sebagai agama rasmi persekutuan.Nasyrul Quran, yang dibina dengan kos RM60 juta, merupakan kompleks percetakan Al-Quran kedua terbesar dunia. Ia memulakan operasi percetakan dan penjilidan secara rasmi pada Jun 2017.