The Multiracial Reverted Muslims (MRM) kesal kerana menerima pelbagai ancaman dan kutukan dalam media sosial hanya kerana menyampaikan salinan al-Quran kepada orang ramai.
Presiden MRM Firdaus Wong Wai Hung berkata ancaman dan kutukan itu semakin meningkat sejak berita salinan al-Quran yang diterjemahkan akan diedarkan kepada orang ramai.