Nyawa seorang Adib seperti nyawa 32 juta rakyat M'sia - Asyraf

KiniTV 2019-01-17

Views 34

Pemuda Umno menawarkan khidmat peguam pemerhati secara percuma kepada keluarga Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kasim untuk memantau prosiding pengurusan inkues bagi menentukan punca kematian anggota bomba itu yang terkorban dalam rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman Subang Jaya hujung Nov tahun lepas.

Ketua Pemuda Umno Asyraf Wajdi Dusuki berkata ini kerana dakwanya, terdapat usaha untuk menutup keadilan berhubung insiden yang menimpa Adib.

Share This Video


Download

  
Report form