'Melayu hadapi risiko hilang tanah seperti rakyat Palestin'

KiniTV 2015-08-09

Views 20

Sebuah forum anjuran PERKASA hari ini dimaklumkan bahawa orang Melayu menghadapi risiko kehilangan tanah dan akan mengalami nasib yang hampir sama dengan rakyat Palestin jika tiada langkah pencegahan diambil bagi menggantikan tanah rizab yang diambil sebelum ini.

Sehubungan itu, pensyarah Universiti Teknologi Mara (Uitm) Mohd Hasrol Haffiz Aliasak berkata perlu diwujudkan Lembaga Amanah Tanah Rizab Melayu bagi mempertahankan dan mendesak pihak berkuasa mencari ganti bagi tanah rizab Melayu yang diambil.

Share This Video


Download

  
Report form