Gara-gara peluk lelaki, Universiti Al-Azhar buang pelajar wanita

KiniTV 2019-01-14

Views 10.7K

Universiti Al-Azhar hari ini, menyingkir seorang pelajar wanita selepas beliau kelihatan dalam video memeluk rakan lelakinya, selepas disifatkan menjejaskan reputasi sekolah itu.

Video itu, yang tular awal bulan ini, menunjukkan seorang pemuda membawa jambangan bunga sedang melutut di hadapan seorang wanita muda dan kemudian memeluk beliau dalam apa yang kelihatan seperti satu lamaran perkahwinan.

Bagaimanapun, jurucakap universiti, Ahmed Zarie, berkata, majlis disiplin kampus Universiti Al-Azhar di Mansoura semalam, memutuskan untuk menyingkirkan gadis berkenaan.

Beliau berkata, perbuatan berpeluk antara lelaki dan wanita yang belum berkahwin adalah melanggar nilai dan prinsip masyarakat.

Sementara itu, jurucakap Universiti Mansoura berkata, pemuda yang turut dirakamkan di dalam video itu juga berhadapan sekatan, dan memaklumkan majlis disiplin akan bermesyuarat Isnin ini untuk memutuskan hukuman ke atasnya. - AFP

Share This Video


Download

  
Report form