Suaram dakwa intimidasi polis masih berterusan di Malaysia baru

KiniTV 2018-10-26

Views 1.5K

Pengarah Eksekutif Suaram, Sevan Doraisamy melahirkan rasa kecewa kerana mendakwa intimidasi polis masih berterusan di bawah pentadbiran baharu.

Sevan memberi contoh pada 24 Oktober, satu keluarga diminta bertemu Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin tentang Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) atau Sosma walaupun sudah dipersetujui oleh menteri tetapi dihalang oleh polis.

Beliau juga berkata dirinya masih dipanggil untuk disoal tentang perhimpunan aman yang berlaku ketika pentadbiran BN.

Beliau berkata polis juga terus memanggil mereka yang terlibat dalam tunjuk perasaan tentang gaji minimum di luar Parlimen pada 17 Oktober.

Justeru Sevan menyeru supaya kerajaan baru menghentikan intimidasi polis terhadap pejuang hak asasi manusia dan membenarkan mereka berkumpul secara aman bagi tujuan menghantar memorandum kepada kerajaan baru dengan tujuan untuk emmbawa Malaysia ke arah demokrasi dan menghormati hak asasi manusia.

Sevan turut mendesak kerajaan baru segera memansuhkan Akta Perhimpunan Awam 2012 dan membenarkan rakyat untuk pergi berhimpun dan menyatakan pendapat mereka.

Share This Video


Download

  
Report form