Lokman Adam persoal Polis kenapa Haziq Aziz masih belum didakwa

KiniTV 2019-07-05

Views 1.9K

Menurut Lokman Adam, ketika ditemui di demonstrasi di hadapan Masjid Putra, Putrajaya, dia mempersoalkan pihak polis yang masih tidak mendakwa Haziq Aziz yang telah mengakui melakukan seks luar tabii.
Lokman telah membuat laporan polis hampir sebulan yang lalu dan masih belum ada tindakan dari pihak polis mendakwa Haziq di bawah Seksyen 377B Kanun Keseksaan kerana melakukan hubungan seks luar tabii.

Satu demonstrasi diadakan di hadapan Masjid Putra, Purajaya hari ini bagi mendesak Menteri Hal Ehwal Ekonomi Azmin Ali meletakkan jawatan ekoran tersebarnya video yang didakwa memaparkan dirinya melakukan hubungan sejenis. Ketika mula berlangsung, demonstrasi itu dihadiri tidak lebih daripada 20 orang peserta, dengan kebanyakannya mengenakan topeng muka.

Mereka berhimpun di bulatan masjid sambil memegang beberapa plakad, antaranya “We Love Tun Mahathir", "Jangan bebankan Tun Mahathir dengan kes semburit", "Azmin sila letak jawatan” dan “Kami rakyat Malaysia malu ada menteri kaki semburit”.

Share This Video


Download

  
Report form