Kerajaan memutuskan untuk menangguhkan pemansuhan tol lebuh raya buat masa ini kerana keputusan itu melibatkan bayaran pampasan melebihi RM400 bilion.
Menteri Kerja Raya Baru Bian berkata penangguhan itu disebabkan keadaan kewangan negara tidak mengizinkan namun akan meneliti langkah-langkah lain untuk menurunkan kos sara hidup.
Beliau berkata demikian menjawab soalan Ahli Parlimen Jelebu Datuk Jalaluddin Alias berhubung janji penghapusan tol bagi membantu meringankan beban rakyat.