Pakatan sokong hapus AUKU, kembalikan kesatuan

KiniTV 2015-08-09

Views 4

Wakil rakyat pembangkang hari ini memberi jaminan kepada pertubuhan pelajar Ganyang Akta Hasutan (GANYANG) bahawa mereka akan menyokong tuntutan mereka yang mahu supaya Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) dimansuhkan dan Kesatuan Pelajar dikembalikan bagi menggantikan Hal Ehwal Pelajar Universiti.

Selain itu, menurut Ahli Parlimen Bukit Bendera Zairil Khir Johari ahli parlimen pembangkang juga bersetuju supaya pihak universiti menggugurkan semua tuduhan ke atas sembilan pelajar yang didakwa terbabit menganjurkan perhimpunan yang menjemput Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim ke kampus mereka.

Share This Video


Download

  
Report form