Ahli Parlimen Jelutong RSN Rayer mengkritik akhbar tempatan yang menerbitkan laporan muka hadapan mengenai persidangan Dewan Rakyat semalam kerana ahli parlimen pemerintah gagal memenuhi korum minimum 26 wakil rakyat.
RSN Rayer berkata laporan itu mengelirukan kerana memberi gambaran bahawa anggota parlimen pulang selepas makan tengahari.