Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer mempertahankan cara berdebat ketika di dewan rakyat.
Rayer yang ditemui di lobi Parlimen menegaskan, beliau tidak akan menggunakan bahasa kasar jika tidak diganggu ketika berbahas.
Bagaimanapun beliau berkata akan sentiasa akur dengan Sepaker dewan rakyat jika menyuruh menarik balik sesuatu perkataan.
Nama Rayer mula menarik perhatian ramai kerana dianggap kasar ketika berbahas. Ini dibuktik dengan dua kali perkataan 'kepala bapak' dikeluarkan dalam dewan.
Bagaimanapun Rayer menarik balik perkataan tersebut apabila diarahkan oleh speaker.