Sejam disoal siasat, Fadiah akan jawab di mahkamah

KiniTV 2018-07-11

Views 11.9K

Aktivis hak asasi manusia dan Peguam Fadiah Nadwa Fikri disoal siasat selama sejam berkaitan dakwaan mempertikai sistem beraja dalam satu artikel yang ditulisnya pada 9 julai lalu.

Fadiah yang ditemani oleh peguamnya Ragunath Kesavan, Farhana Halim dan Quratul Ain berkata, beliau akan menjawab semua soalan yang diajukan oleh polis akan dijawab dimahkamah jika beliau didakwa.

Fadiah hari ini hadir di Ibu Pejabat Polis Brickfield pada 4.00 petang tadi untuk disoal siasat.

Turut hadir memberi sokongan ialah hampir 30 aktivis daripada badan-badan NGO seperti Suara Rakyat Malaysia (Suaram) dan Pusat Memerangi Rasuah dan Kronisma (C4), dan Parti Sosialis Malaysia.

Share This Video


Download

  
Report form