Ketika ditanya berkenaan siasatan kes pelanggaran kuarantin oleh Menteri Industri Perladangan dan Komoditi, Khairuddin Aman Razali, Ketua Polis Negara Abdul Hamid Bador berkata siasatan telah selesai.
Menurut Abdul Hamid, seramai 10 saksi telah diambil keterangan dengan keterangan terakhir diambil semalam (8 September).
"Saksi terakhir telah pun dirakam percakapannya. Mungkin kertas siasatan diserahkan kepada pejabat Peguam Negara (AGC) esok. AGC akan meneliti bukti dan kenyataan dalam fail siasatan untuk (memutuskan) keputusan selanjutnya," katanya lagi.