Tidak ada siapa yang datang menuntut sejumlah wang yang dirampas di kediaman bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang dikatakan peruntukan untuk Umno, kata Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh.
Jika ada yang mahu menuntut kembali wang tersebut, kata Amar Singh, pihak tersebut perlu menunjukkan bukti bahawa wang itu adalah daripada Umno.
Beliau berkata demikian pada sidang media hari ini.