"Kita serah pada polis" - Itu kata Ismail Sabri ketika diminta mengulas isu video kenduri durian melibatkan Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Rashid Hasnon baru-baru ini.
Menteri Kanan (Keselamatan) itu berkata, tiada sesiapa yang kebal daripada undang-undang di Malaysia dan perkara itu perlu disiasat secara terperinci.