Yayasan Raja Zarith Sofiah Negeri Johor hari ini, mengumumkan penubuhan dana bagi membantu pelajar Malaysia di luar negara yang terkesan berikutan kejatuhan nilai ringgit. Dalam satu kenyataan yayasan itu menjelaskan, sebagai projek perintis, Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Ghazali Mohd Yussof akan menghulurkan secara peribadi dana untuk 10 pelajar Malaysia di luar negara.