Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah akan memantau pelajar di bawah tajaan agensi MARA. Menterinya, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal, berkata pemantauan itu dibuat sebagai langkah berjaga-jaga untuk mengelak daripada penularan kegiatan militan IS dalam kalangan pelajar Malaysia di luar negara.