Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) sedia membantu pelabur tempatan dengan menyediakan pelbagai insentif dan geran bagi merancakkan industri keusahawanan khususnya sektor pembuatan plastik. MIDA berpendirian inisiatif itu sebagai langkah awal dalam mengalakkan penyertaan pelabur tempatan, selaras dengan misi agenda pelaburan kebangsaan.