Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussien berkata mesyuarat ke-9 Perjanjian Pertahanan Lima Negara memperbaharui komitmen untuk terus menyokong usaha mencari pesawat MH370.
Perjanjian yang dianggotai Malaysia, Singapura, New Zealand, Australia dan United Kingdom itu turut memperakui 4 jawatankuasa peringkat kementerian yang ditubuhkan sebelum ini ketika operasi pencarian memasuki fasa baru.